Monday, September 24, 2007

Syndrome Hujung Bulan - Satu Penyakit

Kaum Cina lebih faham apakah syndrome hujung bulan.

Syndrome ini selalunya menyebabkan kaum Cina terpaksa menabur lebih. Menabur lebih untuk pejabat-pejabat awam, kaki-tangan kaki-tangan kerajaan, terutama nya kepada pegawai-pegawai penguatkuasaan.

Kaum Cina lebih rela menghulur kepada si penyakit-penyakit syndrome ini demi dapat menlanjutkan mata pencarian harian mereka, mengangap ia seumpama bayar cukai penghujung bulan yang selalunya tidak dapat di elakkan.

Dan kepada sesiapa yang mengidap penyakit syndrome ini, tiada ubat untuknya, kerana ketagihan itu tak menahankan, lebih teruk dari penagihan dadah.

Kerana enggan mencemarkan nama pasukan atas penagihan sendiri,
Kerana dapat mengelakkan dari kerja-kerja pengurusan pentadbiran dan menyiapkan lapuran-lapuran tulisan,
Kerana ia lebih senang melupuskan barang-barang hasilan tanpa membajir ruang-ruang simpanan.
Kerana ia tidak perlu dapat akuan perlupusan dari makhamah.

Maka segala giat pembuangan penagihan ini dapat dilaksanakan dengan tanpa menunjukkan pengenalan seperti pakaian seragam, atau kad penguatkuasaan.

Banyak ia boleh buat kalau nak bagi hilang penagihan ini, di tempat-tempat orang awam seperti di pasar-pasar siang, di pasar-pasar malam, dan juga di tempat pengunjungan. Banyak ia dapat cekit, dari penjual ubat gamat, dari penjual jam tangan tiruan, dari penjaja orang pendatang, dari penjual cekera padat.

Tetapi janganlah sampai menamatkan mata pencarian mereka, maka akan mereka mengamuklah. Ini akibatnya. Seramai 500 dan lebih orang-orang kampong menyekat dan menahan si penagih dari memungut hasilan nya, pada tengah hari semalam di Pasar Appolo, Jalan Raja Uda, Butterworth.

Pegawai Penguatkuasa ini tidak berpangkat, bukan dari cawangan pencegah maksiat, bukan dari cawangan pencegah jenayah, ia pun bukan dari cawangan cawangan khas yang tidak perlu memakai pakaian seragam sewaktu mejalankan tugas, ia cuma dari bahagian pekerjaan am (GD), rumah nya tidak lebih dari 200 meter jauhnya dari tempat kejadian, berseluar pendek dengan kasut sliper, tetapi lengkap dengan gari dan pistol dalam poket sakunya.



Lihat gambar di bawah.




Yang sandar di kereta peronda itu "ia" lah.


Soalan: Berapakan serbuan yang telah di buat, berapakah lapuran bertulis telah di sempurnakan? Berapakah hasil serbuan telah di mansohkan tanpa ketahuan Pihak Hakim?

No comments: