Tuesday, September 18, 2007

Budaya Kerja Rapid Penang

Tuan Pengerus yang Besar Rapid Penang,

Selamat Pagi Tuan,

Oleh kerana Tuan biarkan kotak email Tuan yang penuh tanpa dibaca, maka saya terpaksa tujukan pandangan saya ini melalui blog lah.

Saya ambil kesempatan disini, demi untuk meninggikan prestasi kerja dan imej bangsa dan negara, ingin memaklumkan tuan tentang budaya kerja pemandu-pemandu rapid penang baru ini. Tak sampai sebulan beroperasi, sila kekalkan kualiti kerja kita, jangan biarkan nya merosot.

Kompani baru, pekerja lama, tabiat lama...

1. Budaya Tidur Semasa Kerja

Haribulan: 13hb Sep 2007
Masa: 4.00pm
Tempat: Hub Weld Quay
Nombor Bas: U202
Nombor Kenderaan: PHJ512

(Sila klik atas gambar untuk foto yang lebih jelas)

Saya dalam perjalanan dari Weld Quay ke Paya Terubong, lebih kurang pada pukul 3.55 petang, apabila saya sampai di hub weld quay, bas U202 dengan injin hidup dan hawa dingin terpasang, tetapi pemandunya tidur di atas tempat pemandu shiok sedap dengan hawa dingin.

Saya hanya dapat meneruskan perjalanan saya pada pukul 4.30 petang apabila bas U202 lain tiba.

Kita tak sepatutnya terima Budaya Tidur Semasa Kerja di syarikat Rapid Penang yang baru tubuh ini. Ia menjatuhkan imej Bangsa dan Negara kita didepan kancamata Pengunjung dan Orang Ramai. Sesuata budaya yang tak sihat untuk semua.

Telah dan dengan kesempatan ni, saya ingin memaklumkan kepada pihak Tuan,

A. Pakaian Seragam
Adakah Pakaian Seragam Syarikat Rapid Penang telah Rosak atau habisan stok?
Kenapa si pemandu bas dan kaki-tangan am (pengawal) di hub Weld Quay tidak memakai lagi?
Saya nampak seakan-akan sesiapa pun bileh memendu bas kita ini, dengan T-Shirt kedai pelancungan swasta, dengan baju buruk terkoyak, bermacam-macam.

B. Pencemaran Bunyi
1. Kerana bunyi injin bas and injin aircon adalah amat kuat sekali, maka si pemandu telah meninggikan alat pembesar radio supaya si Pemandu dapat mendengarnya di bahagian depan. Bunyi ini mencemarkan dan mengganggu Pengguna bas, sehingga bunyi loceng pun tidak dapat kedengaran apabila ditekan.

2. Menaiki Bas ke Paya Terubong se akan-akan menaiki bas ke Thaipusam, bising dengan lagu-lagu and bisikan DJ radio India.

3. Menaiki bas ke arah Bayan Lepas pula seolah-olah menghadiri Kenduri di Kampong, beraya lah pula.

C. Beg Pakaian and Sarong Minuman Plastik di gantung di tempat orang ramai.
1. Pengawal perlepasan bas letak saja air kopi yang minum separuh di tiang-tiang perhentian bas.

(Sila klik atas gambar untuk foto yang lebih jelas)

Adakah patut nya Pihak Syarikat Tuan menyediakan tempat rehat untuk pemandu dan katitangan-kakitangan sumbangan supaya Pandangan pedih mata ini dapat di atasi ?

Sekian. Salam Sejahtera.

Adalah saya,

MAT Seberang

No comments: