Monday, September 24, 2007

Syndrome Hujung Bulan - Satu Penyakit

Kaum Cina lebih faham apakah syndrome hujung bulan.

Syndrome ini selalunya menyebabkan kaum Cina terpaksa menabur lebih. Menabur lebih untuk pejabat-pejabat awam, kaki-tangan kaki-tangan kerajaan, terutama nya kepada pegawai-pegawai penguatkuasaan.

Kaum Cina lebih rela menghulur kepada si penyakit-penyakit syndrome ini demi dapat menlanjutkan mata pencarian harian mereka, mengangap ia seumpama bayar cukai penghujung bulan yang selalunya tidak dapat di elakkan.

Dan kepada sesiapa yang mengidap penyakit syndrome ini, tiada ubat untuknya, kerana ketagihan itu tak menahankan, lebih teruk dari penagihan dadah.

Kerana enggan mencemarkan nama pasukan atas penagihan sendiri,
Kerana dapat mengelakkan dari kerja-kerja pengurusan pentadbiran dan menyiapkan lapuran-lapuran tulisan,
Kerana ia lebih senang melupuskan barang-barang hasilan tanpa membajir ruang-ruang simpanan.
Kerana ia tidak perlu dapat akuan perlupusan dari makhamah.

Maka segala giat pembuangan penagihan ini dapat dilaksanakan dengan tanpa menunjukkan pengenalan seperti pakaian seragam, atau kad penguatkuasaan.

Banyak ia boleh buat kalau nak bagi hilang penagihan ini, di tempat-tempat orang awam seperti di pasar-pasar siang, di pasar-pasar malam, dan juga di tempat pengunjungan. Banyak ia dapat cekit, dari penjual ubat gamat, dari penjual jam tangan tiruan, dari penjaja orang pendatang, dari penjual cekera padat.

Tetapi janganlah sampai menamatkan mata pencarian mereka, maka akan mereka mengamuklah. Ini akibatnya. Seramai 500 dan lebih orang-orang kampong menyekat dan menahan si penagih dari memungut hasilan nya, pada tengah hari semalam di Pasar Appolo, Jalan Raja Uda, Butterworth.

Pegawai Penguatkuasa ini tidak berpangkat, bukan dari cawangan pencegah maksiat, bukan dari cawangan pencegah jenayah, ia pun bukan dari cawangan cawangan khas yang tidak perlu memakai pakaian seragam sewaktu mejalankan tugas, ia cuma dari bahagian pekerjaan am (GD), rumah nya tidak lebih dari 200 meter jauhnya dari tempat kejadian, berseluar pendek dengan kasut sliper, tetapi lengkap dengan gari dan pistol dalam poket sakunya.



Lihat gambar di bawah.




Yang sandar di kereta peronda itu "ia" lah.


Soalan: Berapakan serbuan yang telah di buat, berapakah lapuran bertulis telah di sempurnakan? Berapakah hasil serbuan telah di mansohkan tanpa ketahuan Pihak Hakim?

Tuesday, September 18, 2007

Feri Pulau Pinang

Apabila kita kekalkan tradisi,
maka kekalkanlah juga
segala pahit manis yang setanding dengan nya.

Feri Pulau Pinang, (sebenarnya Pulau Angsa tu)

Bilakah penumpang dapat dihormati sebagai pelanggan.

Air hujan melimpah, bumbong bocor,
Bangku yang basah, badan kuyup,
Bilakah semua angkara budaya penjajah ini, akan tamat?
Bukankah kita bayar untuk kemudahan yang, kita guna?

Mula dengan 40sen seorang, kemudian 70sen diminta,
Sekarang dinaiki pula tambang sehingga 120sen seorang,
Janjian mu akan tingkatkan muthu perkhidmatan,
Tetapi apa dah jadi sekarang... Tengok Lah!
Pengurusan mudah lupa... Tidak a Pak Lah!

Kalau nak kerja, temuilah dengan janji-janji mu,
Kalau malas nak kerja, pergi mamp*s lah aku tak peduli mu.
Kenapa masih bergayut kat tiang kerusi tu,
Awam bukan awam, Kerajaan bukan kerajaan, Siapa kau itu.

Tang gambar tu,
terkandung juga haribulan and waktu...
cuma kalaulah anda ber'IQ tinggi...

Budaya Kerja Rapid Penang

Tuan Pengerus yang Besar Rapid Penang,

Selamat Pagi Tuan,

Oleh kerana Tuan biarkan kotak email Tuan yang penuh tanpa dibaca, maka saya terpaksa tujukan pandangan saya ini melalui blog lah.

Saya ambil kesempatan disini, demi untuk meninggikan prestasi kerja dan imej bangsa dan negara, ingin memaklumkan tuan tentang budaya kerja pemandu-pemandu rapid penang baru ini. Tak sampai sebulan beroperasi, sila kekalkan kualiti kerja kita, jangan biarkan nya merosot.

Kompani baru, pekerja lama, tabiat lama...

1. Budaya Tidur Semasa Kerja

Haribulan: 13hb Sep 2007
Masa: 4.00pm
Tempat: Hub Weld Quay
Nombor Bas: U202
Nombor Kenderaan: PHJ512

(Sila klik atas gambar untuk foto yang lebih jelas)

Saya dalam perjalanan dari Weld Quay ke Paya Terubong, lebih kurang pada pukul 3.55 petang, apabila saya sampai di hub weld quay, bas U202 dengan injin hidup dan hawa dingin terpasang, tetapi pemandunya tidur di atas tempat pemandu shiok sedap dengan hawa dingin.

Saya hanya dapat meneruskan perjalanan saya pada pukul 4.30 petang apabila bas U202 lain tiba.

Kita tak sepatutnya terima Budaya Tidur Semasa Kerja di syarikat Rapid Penang yang baru tubuh ini. Ia menjatuhkan imej Bangsa dan Negara kita didepan kancamata Pengunjung dan Orang Ramai. Sesuata budaya yang tak sihat untuk semua.

Telah dan dengan kesempatan ni, saya ingin memaklumkan kepada pihak Tuan,

A. Pakaian Seragam
Adakah Pakaian Seragam Syarikat Rapid Penang telah Rosak atau habisan stok?
Kenapa si pemandu bas dan kaki-tangan am (pengawal) di hub Weld Quay tidak memakai lagi?
Saya nampak seakan-akan sesiapa pun bileh memendu bas kita ini, dengan T-Shirt kedai pelancungan swasta, dengan baju buruk terkoyak, bermacam-macam.

B. Pencemaran Bunyi
1. Kerana bunyi injin bas and injin aircon adalah amat kuat sekali, maka si pemandu telah meninggikan alat pembesar radio supaya si Pemandu dapat mendengarnya di bahagian depan. Bunyi ini mencemarkan dan mengganggu Pengguna bas, sehingga bunyi loceng pun tidak dapat kedengaran apabila ditekan.

2. Menaiki Bas ke Paya Terubong se akan-akan menaiki bas ke Thaipusam, bising dengan lagu-lagu and bisikan DJ radio India.

3. Menaiki bas ke arah Bayan Lepas pula seolah-olah menghadiri Kenduri di Kampong, beraya lah pula.

C. Beg Pakaian and Sarong Minuman Plastik di gantung di tempat orang ramai.
1. Pengawal perlepasan bas letak saja air kopi yang minum separuh di tiang-tiang perhentian bas.

(Sila klik atas gambar untuk foto yang lebih jelas)

Adakah patut nya Pihak Syarikat Tuan menyediakan tempat rehat untuk pemandu dan katitangan-kakitangan sumbangan supaya Pandangan pedih mata ini dapat di atasi ?

Sekian. Salam Sejahtera.

Adalah saya,

MAT Seberang