Sunday, August 02, 2009

Barack Obama kata: Bodoh


Meski pun SeTuan-tuan Mat Salleh, tidak pun mereka dapat tubuhkan Pasukan Tentera Tempatan untuk menentang Angkatan Anti Kerajaan Jajahan British.

Di tanah tumpah nya darah ku ini, askar adalah hak Raja-Raja sahaja pada zaman kesultanan.

Mat Salleh hanya dapat tubuhkan pasukan mata-mata, dan mata-mata lah yang dapat menengok sesama supaya keselamatan mereka akan terselamat dan terjamin.

Meski pun demikian, sikap gaya KeTuanan Mat Salleh terhadap hamba mereka tetap ada, tunjuk gaya dan tunjuk kasar, apatah lagi dibawa depan orang puaknya.

Masa itu, kita hamba, kita jangan jawab lain, jawab sahaja: Yes Sir!

Itu Mat Salleh, yang memperhambakan kita pada masa lampau.
Itu Mat Salleh, yang meneladani kita siapa Tuan hingga sekarang.

Sekarang Mat Salleh tiru ini cuba nak tunjuk kasar.

Terpaksa saya pinjam kata Barack Obama: Stupid Police !

Nak tunjuk Ketuanan apa, kepada siapa, sesama bangsa sendiri ?

Adakah lakunan ini lakunan KPN terakhir ?
Supaya jawatan Ketua Polis Negara dapat dipanjangkan?

Jadi,
Nak tunjuk kasar ?
Nak tunjuk Polis Boleh ?

Tak kesian kah kepada anak-anak polis kita,
yang dipaksa melibat langsung.

Tak kesian kah kepada anak-anak remaja kita,
yang di heret dalam ribut taufan politik.

Biarlah, sesungguhnya mereka hanya berperarakan aman,
berperarakan untuk menarik perhatian, supaya
yang Pekak, dengar, tapi tak terdengar,
yang Buta, nampak, tapi tak terlihat, dan harap lah
yang Bisu itu dapat berucap,
sesungguhnya baik untuk rakyat jelata,
kenapa pula kita tolak?

Biar perarakan damai itu berlangsung, dari mula hingga akhir, bukan kah itu aman dan damai.

Bukan kah kita ni seBangsa dan seJiwa?

Tuan ! Ya Tuan !!

No comments: